Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

Pertandingan Piala Emas Raja-Raja 2017 - Pahang 4 N. Sembilan 3

KUANTAN - Pertandingan Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2017 membuka tirainya semalam.

Piala Agong 2017 menjadi milik Pahang setelah menumpaskan juara bertahan Negeri Sembilan 4-3.

Kelekaan tuan rumah dihukum seawal minit ke 7 menerusi Mohd Radzi.

Tersentak dengan jaringan itu - Pahang mengandakan asakkan, hasilnya pada minit ke 10 Muhammad Zuhair Aizat Mohd Nazri merapatkan jurang dengan menewaskan Zainurin Abdul Kadir.

Pahang menjarakkan kedudukan pada minit ke 26 hasil jaringan Nik Muhammad Sharuf Haseefy.

Selang 3 minit pahang memperoleh sepakan penalti selepas Nik Muhanmad Sharif Haseefy dijatuhkan dalam kotak penalti.

Muhammad Shahrul Nizam Mohd Nadzir tenang menjaringkan gol.

3 minit bersambung babak kedua- Negeri Sembilan merapatkan jurang jaringan menerusi sepakan penalti yabg disempurnakan Muhammad Al Fufaei Amn Abdul Rahman.

Kedudukan berubah pada minit ke 74 menjadi 3 sama juga menerusi sepakan penalti Muhammad Al Rufaei Amn Abdul Rahman.

Gol kemenangan Pahang hadir pada minit ke-84 apabila Muhammad Sharul Nizam menyempurnakan hantaran nik Muhammad Sharif Haseefy.

(Sumber - Dalet Beritartm)