Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

Tindakan tetap dikenakan jika ingkar PKPP

  • Published in Nasional

 

PUTRAJAYA, 8 Jun - Individu atau premis yang ingkar PKPP masih akan dikenakan tindakan termasuk kompaun, walaupun banyak kelonggaran diberikan.

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 atau Akta 342, masih berkuat kuasa bagi tempoh pelaksanaan PKPP.

Jelas Datuk Seri Ismail Sabri, tumpuan penuh, akan diberi kepada penguat kuasaan pematuhan SOP PKPP.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, semalam polis telah melaksanakan 75,182 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKPB.

Seramai 60 individu ditahan kerana ingkar arahan tersebut dengan 53 orang direman dan bakinya dijamin polis.

Kompoun dikeluarkan terhadap 277 individu atas pelbagai kesalahan termasuk 34 kompoun ketika sekatan jalan raya.