Saturday, January 18, 2020
updated 10:03 AM UTC, Jan 18, 2020

Vietnam akhiri badi bola sepak Sukan SEA, benam Indonesia 3-0

  • Published in Sukan

FILIPINA - Vietnam mencipta sejarah tersendiri apabila akhirnya memenangi pingat emas bola sepak di Sukan SEA selepas menundukkan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir di Rizal Memorial Stadium, semalam.

Kali terakhir Vietnam memenangi pingat emas adalah pada tahun 1959, ketika sukan itu dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara, di bawah bendera Vietnam Selatan.

Kemenangan Vietnam itu juga menyaksikan sebuah negara baharu memenanginya buat kali pertama selepas 30 edisi sukan dwitahunan itu, dengan Thailand memenanginya 16 kali sejak 1959 manakala Malaysia memenanginya sebanyak 6 kali.