Saturday, January 18, 2020
updated 10:03 AM UTC, Jan 18, 2020

Sukan SEA Filipina 2019, Malaysia gagal capai sasaran

  • Published in Sukan

FILIPINA - Dengan 56 emas 57 perak dan 71 gangsa, kontinjen negara gagal mencapai sasaran yang ditetapkan pada temasya kali ini.

Malaysia menduduki tempat ke-5 dari 11 negara yang mengambil bahagian.

Berikut adalah kedudukan pingat sehingga hari terakhir.

Filipina muncul juara keseluruhan dengan 149 pingat emas, 117 perak dan 121 gangsa.

Di tempat kedua Vietnam dengan 98 emas, 85 perak 105 gangsa dan Thailand ketiga dengan 92 emas 103 perak dan 123 gangsa.

Indonesia mengatasi Malaysia dengan 72 pingat emas 84 perak, 111 gangsa di tempat ke-4.