Friday, November 24, 2017
vital-top
updated 3:12 AM UTC, Nov 24, 2017

Krisis Korea Utara Tidak Ancam Olimpik Musim Sejuk 2018 - IOC

LIMA - Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memaklumkan, Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 yang dijadualkan berlangsung di Pyeongchang, Korea Selatan itu tidak akan terancam.

Ia ekoran krisis Korea Utara yang semakin meningkat.

Demikian menurut Presidennya, Thomas Bach.

Jelas beliau, setakat ini tidak ada petunjuk bahawa terdapat ancaman bagi keselamatan sukan dalam konteks ketegangan antara Korea Utara dan beberapa negara lain.

Dalam pada itu, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in berkata, pihaknya masih memberi peluang kepada Korea Utara untuk memutuskan sama ada akan mengambil bahagian dalam temasaya sukan itu.

Ini kerana tiada seorang pun dari atletnya memenuhi standard kelayakan.

Namun pihaknya percaya, atlet negara itu akan turut serta dalam sukan tersebut.

Sukan Olimpik Musim Sejuk yang pertama kali diadakan di luar Jepun, akan berlangsung dari 9 hingga 25 Februari tahun depan.

((AFP))