Saturday, January 18, 2020
updated 12:28 PM UTC, Jan 18, 2020

Perlumbaan eksklusif "Races of Malaysia Sepang, Hafizh dan Mitchell berlumba bersama Hyundai Team Engstler

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Litar Antarabangsa Sepang, SIC, bakal melakar sejarah baharu dengan penganjuran 'Races of Malaysia' dua perlumbaan eksklusif membabitkan jentera dua roda dan empat roda serentak, minggu ini.

Sokongan padu ditagih daripada peminat sukan litar untuk hadir ke kejohanan terakhir dalam Kalendar Persekutuan Automobile Antarabangsa, FIA, tahun ini.

Orang ramai dapat menyaksikan perbarisan jentera Kejuaraan Endurance Dunia, EWC, dan Kejuaraan Piala Touring Car Dunia, WTCR yang bakal berlumba.

Beliau ditemui selepas perbarisan yang menampilkan pelumba tempatan dan antarabangsa di Dataran Merdeka.

Penglibatan tujuh pelumba negara akan menghangatkan lagi saingan sekali gus merekodkan jumlah tertinggi penyertaan di peringkat antarabangsa.

Lebih menarik, pelumba sensasi Hafizh Syahrin akan beraksi dalam kedua-dua saingan.

Selepas perlumbaan dua roda EWC yang juga dikenali 'Sepang 8 Hours' Hafizh akan bergandingan dengan rakan sepasukan yang pernah meraih tiga kemenangan di Kejuaraan TCR Jerman, Mitchell Cheah dalam pasukan Hyundai Team Engstler untuk saingan empat roda.