Saturday, January 18, 2020
updated 10:03 AM UTC, Jan 18, 2020

Syed Saddiq selamat jalani pembedahan apendisitis

  • Published in Sukan



PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selamat menjalani pembedahan apendisitis pagi tadi. Beliau dilapor berada dalam keadaan stabil.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Belia dan Sukan, pihaknya memohon agar Syed Saddiq diberikan ruang untuk berehat dalam tempoh pemulihan tersebut. Pelawat juga tidak dibenarkan melawat buat masa ini.

Kenyataan media itu bagaimanapun tidak mendedahkan waktu sebenar dan lokasi Syed Saddiq dimasukkan ke hospital.