Friday, November 24, 2017
vital-top
updated 3:12 AM UTC, Nov 24, 2017

Nadal, Muguruza Pemain Tenis No.1 Dunia

NEW YORK - Rafael Nadal memperkukuh kedudukan sebagai Pemain Tenis Lelaki Nombor Satu Dunia, selepas menang Grand Slam ke-16 di Terbuka Amerika Syarikat.

Bintang Sepanyol itu kini mengumpul 9,465-mata.

Di kedudukan ke-2, Roger Federer , manakala Andy Murray di kedudukan ke-3.

Sementara itu, Garbine Muguruza secara rasmi menjadi Pemain Wanita Nombor Satu Dunia.

Bintang Sepanyol itu melonjak ke kedudukan teratas, selepas Karolina Pliskova tersingkir di suku akhir Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat.

Pliskova jatuh ke kedudukan ke-4.

Di kedudukan ke-2, Simona Halep; manakala ke-3, Elina Svitolina.


((AFP))