Saturday, January 18, 2020
updated 10:03 AM UTC, Jan 18, 2020

Kejohanan Sirkit Golf Remaja Kedah 2019, cungkil bakat baharu sukan golf

  • Published in Sukan

KEDAH - Kejohanan Sirkit Golf Remaja Kedah, SGRK Grand Final 2019 yang berakhir semalam, berjaya mencungkil bakat baharu sukan golf tempatan.

Susulan kejayaan itu, Pengerusinya, Datuk Yusuf Md Shah berkata, pihaknya bercadang mewujudkan semula pertandingan Piala Golf Exco Pendidikan Kedah tahun hadapan selepas kali terakhir diadakan pada 2016.

Kejohanan itu bakal menambah lagi pertandingan golf melibatkan remaja dan pelajar sekolah khususnya memberi peluang kepada pelajar luar bandar.

SGRK Grand Final tahun ini dimenangi Muhamad Azahari Amir bagi kategori johan keseluruhan lelaki manakala, kategori wanita milik Alya Afza Hazari.

Pertandingan diadakan di Kelab Golf Cinta Sayang Sungai Petani melabuhkan tirai semalam selepas tiga hari berlangsung.

Yusuf ditemui selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan yang disempurnakan Exco Pendidikan Kedah, Dr Salmee Said.