Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

Venue, Penginapan Sukan Para Asean Mesra OKU - Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) menaik taraf kemudahan di semua lokasi pertandingan dan penginapan menjelang Sukan Para ASEAN 2017.

Ia bagi menjadikannya mesra Orang Kurang Upaya (OKU).

Pengerusi MASOC, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, menerusi prinsip inklusif dalam penganjuran temasya dwitahunan itu, tumpuan dan persiapan turut diberikan kepada kemudahan untuk orang awam OKU yang dijangka akan hadir ke lokasi pertandingan, selain atlet.

Sukan Para ASEAN 2017 akan berlangsung dari 17 hingga 23 September ini.

 

Sumber : BERNAMA