Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

PIALA MALAYSIA 2017: JDT 3 Selangor 1, Pahang 3 T.Team 2 Dan Kedah 2 Kelantan 0

 

KUALA LUMPUR - Pasukan JDT mengesahkan kedudukan teratas kumpulan D saingan Piala Malaysia milik mereka selepas kalahkan Selangor (Red Giant) 3-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin. Kejayaan itu lebih manis kerana JDT berjaya membalas dendam kekalahan dalam aksi kumpulan sebelum ini di Selayang.

Sementara  di Stadium Darul Makmur, Kuantan; Pahang mara ke peringkat suku akhir setelah menang tipis 3-2 bertemu T-Team malam tadi. Gol hasil jaringan pemain import tuan rumah Yamil Romero pada minit ke-84 memastikan misi skuad Tok Gajah untuk mengiringi Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC bersama lapan pasukan terbaik.

Manakala di Stadium Darulaman, Alor Setar - pasukan Kedah yang sudah mengesahkan laluan ke suku akhir menewaskan Kelantan dengan keputusan 2- 0. Kedah selaku juara kumpulan C, akan bertemu Selangor dalam saingan suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada 15 september ini.
 
Lain-lain keputusan seterusnya :-
         
                              1.       Uitm 5  Melaka United 3
 
                              2.       N. Sembilan 0  PKNP FC  0
 
                              3.       Perak 2  Felda Utd  1
 
                              4.       Terengganu 3  Sarawak  3
 
 
(Sumber - Dalet Beritartm)