Friday, November 24, 2017
vital-top
updated 3:12 AM UTC, Nov 24, 2017

Tenis Terbuka AS - Nadal Kalahkan Del Potro, Akan Bertemu Anderson Di Final

NEW YORK - Rafael Nadal kalahkan Juan Martin del Potro dengan pelan permainan yang agak sederhana, jauhkan diri dari pukulan ¨forehand¨ yang menakutkan dan sebaliknya fokus kepada pukulan ¨backhand¨yang lemah.

Nadal mencuba strategi itu cukup lama untuk menjatuhkan set pembukaan. Sebaik sahaja beliau berjaya dengan strategi ini, segala-galanya berubah, dan tidak mengambil masa yang lama untuk menang dan ke final.

Nadal mengalahkan Juan Martin del Potro 4-6, 6-0, 6-3, 6-2.

Rafael Nadal akan menjadi pilihan utama pada hari Ahad ini apabila berdepan dengan No. 32 Kevin Anderson dari Afrika Selatan, yang mengalahkan Pablo Carreno Busta 4-6, 7-5, 6-3, 6-4.

(Sumber - AP)