Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

Selesai jalani kuarantin, PM mula bertugas di pejabat semula

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA, 4 Jun - 
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini kembali memasuki pejabatnya setelah selesai menjalani kuarantin sejak 22 Mei lalu.

Beliau memulakan tugas dengan menghadap Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi sesi pra-kabinet menerusi sidang video.

Perdana Menteri kemudiannya menggunakan medium sama, mempengerusikan mesyuarat kabinet bersama jemaah menteri.

Ia dihadiri semua anggota jemaah Menteri yang berada di dua bilik mesyuarat berasingan di bangunan Perdana Putra.

Langkah julung kali diadakan itu, memberi jaminan amalan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan diri yang ketat dapat dilaksana setiap masa.

Sepanjang tempoh kuarantin, Tan Sri Muhyiddin hanya menjalankan tugas rasmi dari kediamannya.