Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

231 taska di Terengganu dibenar operasi minggu depan

  • Published in Nasional

KUALA TERENGGANU, 4 Jun -Sebanyak 231 Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) kerajaan dan swasta akan dibenarkan beroperasi bermula Selasa depan di Terengganu.

Jumlah itu melibatkan 67 buah Taska Permata, Taska Kemas 27, Taska Perpaduan dua serta 135 taska swasta.

Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkata hari ini semua pengusaha TASKA diberi taklimat mengenai proses pembukaan oleh JKM, BOMBA dan Jabatan Kesihatan Negeri.

Beberapa prosedur perlu dilalui termasuk proses nyahcemar dan diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard SOP yang ketat.

Beliau berkata, setiap taska perlu menyediakan alat pengimbas suhu bagi memastikan anak-anak dihantar dalam keadaan sihat.