Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

Daftar nama suspek kes keganasan rumah tangga permudahkan siasatan

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 4 Jun - Identiti suspek kes keganasan rumahtangga perlu didaftarkan dalam Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi.

Ia bagi memudahkan pihak berkuasa melakukan siasatan sekiranya kejadian berulang.

Timbalan Pengarah Eksekutif, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Yu Ren Chung berkata, maklumat itu juga boleh diguna untuk menggubal dan merangka polisi bersesuaian.

Turut senada dengan Ren Chung ialah Pakar Psikologi Universiti Malaya, Profesor Datin Dr. Mariani Md Nor.

Baru-baru ini sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menyatakan kebimbangan mengenai peningkatan kes keganasan rumahtangga.

NGO tersebut mengesa pihak berwajib mengambil tindakan segera termasuk menyediakan daftar nama suspek terlibat.