Friday, November 24, 2017
vital-top
updated 3:12 AM UTC, Nov 24, 2017

Pasangan Badminton Beregu Goh V Shem Akur Jika Dipisahkan

KUALA LUMPUR - Pemain beregu badminton negara Goh V Shem sedia menerima keputusan Persatuan Badminton Malaysia, BAM jika badan induk itu berhasrat untuk memisahkan beliau dengan gandingannya, Tan Wee Kiong.

Ini susulan prestasi merudum bekas beregu nombor satu dunia itu, termasuk pada Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland bulan lalu yang menyaksikan mereka tersingkir di pusingan kedua.

Secara peribadi, V Shem menjelaskan perkara itu sememangnya pahit dan sukar di terima, namun itu mungkin jalan terbaik yang perlu dihadapi oleh seorang pemain masa depan.

(Sumber - Dalet Beritartm)