Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek, Kementerian Kewangan giat adakan perjumpaan susulan dengan kementerian lain

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 3 Jun - Kementerian Kewangan kini sedang giat mengadakan sesi perbincangan susulan dengan kementerian-kementerian mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek.

Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengadakan pertemuan dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan semalam

Topik perbincangan menjurus perlindungan perkerjaan dan pengangguran, hal berkaitan gaji dan upah dan pembangunan kemahiran pekerja.

Sebelum itu juga, Tengku Datuk Seri Zafrul berjumpa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Ia bagi membincangkan cadangan bagi memperkasa wanita, keluarga dan orang kurang upaya dalam keadaan norma baru.