Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

SELANGOR yakin dipilih sebagai penganjur SUKMA 2022

  • Published in Sukan



PETALING JAYA, SELANGOR - Selangor optimis mampu menjadi penganjur Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 berbanding 3 negeri yang turut membida temasya berkenaan iaitu Sabah, Pulau Pinang dan Kedah.

Menurut Mohd Khairuddin, keyakinan itu berdasarkan pematuhan garis panduan ditetapkan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mensyaratkan negeri pembida tidak membina bangunan baharu kecuali penambahan fasiliti.

Keputusan negeri yang mana bakal menjadi penganjur SUKMA 2022 akan diketahui Januari tahun hadapan. Kali terakhir Selangor menjadi tuan rumah SUKMA adalah pada tahun 1998.