Sunday, January 19, 2020
updated 3:13 AM UTC, Jan 19, 2020

Atlet kelahiran Selangor cemerlang di sukan SEA bakal dapat ganjaran

  • Published in Sukan



PETALING JAYA, SELANGOR - Atlet kelahiran Selangor yang mengharumkan nama negara di Temasya Sukan SEA Filipina 2019 bakal menerima ganjaran daripada kerajaan negeri.

Jelas Exco Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman pihaknya sudah mendapat arahan daripada Menteri Besar Amirudin Shari untuk berbuat sedemikian dan menunggu laporan sehingga sehingga tamat temasya berkenaan.

Antara atlet kelahiran Selangor yang menyerlah di Sukan SEA kali ini adalah atlet gimnastik artistik, Farah Ann Abdul Hadi yang meraih 3 pingat emas dan Phee Jinq En yang memperoleh satu pingat emas dalam acara renang.

Beliau ditemui selepas Majlis Larian Menjunjung Kasih 2019 sempena Hari Kepteraan DYMM Tunku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang ke-74.

Seramai 6,000 peserta memeriahkan acara larian yang terdiri 3 kategori iaitu 21 kilometer, 10 kilometer dan 5 kilometer. Turut mencemar duli memeriahkan acara larian, Raja Muda Selangor,Tengku Amir Shah yang menyertai larian sejauh 10 kilometer.