Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Gandingan Jason dan Hidayah tambah koleksi emas negara dalam sukan taekwando

  • Published in Sukan

MANILA, FILIPINA - Kontinjen taekwando juga rancak mengutip emas. Kali ini menerusi gandingan Jason Loo dan dan Nurul Hidayah Abdul Karim menerusi acara poomsae berpasukan campuran.

Jason dan Nurul Hidayah turun selaku pasangan terakhir dibantu dengan sorakan penyokong Malaysia bagi memintas mata pasangan tuan rumah, Jacob Mella Dustin dan Rinna Babant, yang terlebih dahulu merekodkan mata tertinggi 8.233 mata.

Persembahan yang kemas dan berdisiplin ditampilkan dua atlet muda ini berjaya memikat juri untuk ditabalkan juara dengan 8.283 mata.

Thailand dan Indonesia pula masing-masing berkongsi gangsa.