Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

Kes kemalangan jalan raya di Negeri Sembilan catat penurunan semasa PKP

  • Published in Nasional

SEREMBAN, 3 Jun - Kes kemalangan jalan raya di Negeri Sembilan menunjukkan sedikit pertambahan ketika musim perayaan Aidilfitri.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, namun secara keseluruhannya ia masih menunjukkan penurunan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berbanding sebelum pelaksanaannya.

Peningkatan dalam kadar kes kemalangan jalan raya pada musim perayaan kali ini berkemungkinan daripada kelonggaran yang diberikan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Selain itu, bagi indeks kes jenayah pula terus menunjukkan penurunan lebih daripada 40 peratus sehingga hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban. 

Dalam pada itu, permohonan bagi merentas negeri semakin bertambah setelah kerajaan persekutuan membenarkan pasangan suami isteri untuk merentas negeri.

Pihaknya akan memastikan agar setiap permohonan ditapis dengan ketat agar yang selayaknya sahaja yang dibenarkan. 

Apabila ditanya berkenaan kesiapsiagaan pihaknya sekiranya PKPB dilanjutkan, beliau berkata mereka sentiasa bersedia dan akan mematuhi segala arahan yang diberikan berdasarkan situasi semasa.