Saturday, January 18, 2020
updated 10:03 AM UTC, Jan 18, 2020

Kontroversi keputusan Sukan SEA, 40 minit untuk pengesahan pingat dimenangi atlet gimnas Malaysia

  • Published in Sukan



MANILA FILIPINA - Kontrovesi demi kontroversi terus melanda penganjuran Sukan Sea edisi ke-30 ini. Terbaharu, kontroversi tercetus apabila pihak penganjur mengambil masa lebih 40 minit untuk mengesahkan pingat emas dan perak yang dimenangi atlet Malaysia.

Ia bagi acara aparatus riben yang di menangai Izzah Amzan dan Koh Sei Yan.

Pihak tuan rumah dilihat sengaja melengahkan pengumuman tersebut sehingga memaksa pegawai kontinjen Malaysia bertindak mengasak mereka untuk mempercepatkan pengumuman pemenang.

Akhirnya pihak juri dan penganjur terpaksa mengalah dan mengumumkan atlet gimnas Izzah Amzan dan Koh Sei yan menang emas bersama aparetus tersebut.

Jelas Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, sistem pengadilan hari ini cukup mencurigakan dan sedikit mengecewakan Malaysia. Namun ianya dapat di tanggani dengan berhemah serta semangat setia kawan.

Tambah Norza, perkara demikian sering terjadi dalam temasya sukan besar seperti Sukan Sea. Namun beliau menasihati semua kontinjen dan atlet agar terus fokus dalam persembahan mereka dan memburu pingat buat negara.