Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

Akta 342 perlu dilanjutkan: Tujuan pemantauan dan pengawasan sebelum PKPB ditamatkan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 3 Jun - Malaysia hanya bersedia untuk melaksanakan pelan pasca krisis Covid-19 atau 'exit strategy' jika jumlah kes positif kekal dua digit terendah atau satu digit, ketika lebih banyak sektor dibuka selain proses pemantauan yang lebih baik.

Untuk itu menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta 342 masih perlu dikekalkan bagi proses pemantauan dan kawalan COVID-19.

Ujar beliau, keadaan semasa yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB adalah bergantung kepada Akta 342.

Ini termasuk membabitkan kawalan sempadan negara, penjarakan sosial dan seumpamanya.