Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

KOM Tidak Mahu Terburu-buru Dalam Merancang Masa Depan Speedy Jantan

KUALA LUMPUR - Selepas bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Wira Mazlan Ahmad memberi pandangan bahawa jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan mampu lebih menyinar andai menggunakan khidmat jurulatih luar.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia Datuk Karim Ibrahim tidak mahu ambil keputusan terburu-buru namun bersedia berbincang dengan Mohd Poad Kassim mengenai masa depan "The Speedy Jantan".

Usah ketepikan Poad.

Demikian tegas Datuk Karim Ibrahim yang tidak meragui kebolehan guru dari Sekolah Sukan Bandar Penawar itu yang telah berusaha keras membentuk Khairul Hafiz Jantan muncul juara Asia Tenggara.

Bagaimanapun beliau tidak menolak cadangan untuk mendapatkan bantuan luar.

Sementara itu, Mohd Poad juga menyambut baik cadangan Datuk Karim untuk berbincang mengenai perancangan kejurulatihan buat Khairul Hafiz.

Namun, Khairul Hafiz pula tampak masih perlu dan selesa dibimbing gurunya itu.

Mengenai kecederaan yang dialaminya, buat masa ini atlet berusia 19 tahun itu masih belum boleh menjalani latihan berat dan hanya melalui proses pemulihan yang mungkin mengambil masa hampir dua bulan.

(Sumber - Dalet Beritartm)