Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

Dua warga Indonesia, seorang lelaki tempatan ditahan dalam Ops Laras

  • Published in Jenayah

TERENGGANU, 2 Jun - Polis menahan dua warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan dalam serbuan menerusi Ops Laras di Kemaman.

Turut dirampas, selaras senapang patah bersama satu kelongsong peluru yang baharu digunakan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kesemua mereka yang berumur antara 39 hingga 57 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Batu Empat, Binjai Kemaman, kira-kira 11.45 pagi, 31 Mei Ahad lalu.

Polis masih menyiasat tujuan sebenar senjata api tersebut digunakan.

Beberapa dokumen peribadi termasuk paspot suspek turut dirampas untuk siasatan lanjut.

Kesemua suspek ditahan dan dibawa ke balai Polis Chukai di bawah seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki senjata api tanpa lessen dan senjata api tiruan.

Dua warga Indonesia itu juga akan didakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) kerana dokumen tamat tempoh dan tiada sebarang dokumen perjalanan yang sah.