Monday, July 13, 2020

updated 1:31 AM UTC, Jul 13, 2020

Atlet hanya perlu fokus pada latihan di RTT

  • Published in Sukan

ALOR SETAR, 2 Jun - Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan di ketiga-tiga pusat latihan Road To Tokyo (RTT) sudah cukup baik, biarpun masih timbul kerisauan berkenaan keselamatan atlet dan pegawai.

Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan Universti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Mon Redee Sut Txi berkata, tugas atlet kini hanya perlu fokus kepada latihan kembali kepada tahap terbaik setelah tidak menjalani latihan intensif hampir tiga bulan.

Semalam, dua pusat latihan berpusat RTT dibuka masing-masing di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara dan Pusat Pelayaran Langkawi membabitkan 26 orang atlet dan pegawai.

Malah kesemua yang terlibat dikehendaki menjalani tiga proses saringan COVID-19.

Dr Mon yang juga merupakan olimpian negara ditemui selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia pagi.

Beliau juga menasihati para atlet agar sentiasa sentiasa menjaga tahap fizikal kendiri tidak kira di dalam mahupun di luar kem latihan.

Setiap individu yang memilih kerjaya sebagai atlet sepatutnya sedar dengan tanggungjawab yang digalas.

Tempoh PKP perlu dimanfaatkan sepenuhnya atlet agar sekurang-kurangnya dapat mengekalkan tahap kecergasan sebelum kembali ke kem latihan.

Ia penting, terutama bagi atlet terbabit dengan sukan yang fokus kepada berat badan.