Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

Nadal-Rublev Bersaing Rebut Tempat Separuh Akhir Tenis Terbuka AS

NEW YORK - Pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia, Rafael Nadal akan membuat perhitungan dengan bintang muda, Andrey Rublev untuk merebut tempat ke separuh akhir Tenis Terbuka Amerika Syarikat.

Dalam aksi pusingan keempat, Rublev 19 tahun, mengejutkan pilihan kesembilan David Goffin 7-5, 7-6, 6-3 manakala Nadal mengetepikan Aleksandr Dolgopolov 6-2, 6-4, 6-1.

Dalam pada itu, pilihan pertama perseorangan wanita, Karolina Pliskova hanya mengambil masa 46 minit untuk menamatan cabaran Jennifer Brady 6-1, 6-0 di pusingan keempat.

Di suku akhir, Pliskova akan menentang pilihan ke-20, CoCo Vandeweghe.

((AFP))