Friday, November 24, 2017
vital-top
updated 3:12 AM UTC, Nov 24, 2017

Jerman Makin Hampir Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia 2018

STUTTGART - Jerman berpesta gol, mengalahkan Norway 6-0 manakala Ireland Utara menewaskan Republik Czech dalam aksi Kumpulan C pusingan kelayakan Piala Dunia 2018, zon Eropah.

Berbaki dua perlawanan, Jerman hanya perlu seri dengan Ireland Utara dalam perlawanan seterusnya untuk layak ke Piala Dunia.

Dalam aksi Kumpulan F, England menewaskan Slovakia 2-1 dan memerlukan 2-mata sahaja lagi untuk menempah tiket ke Rusia.

Sementara itu, Cameroon berjaya mengikat pendahulu Kumpulan B zon Afrika, Nigeria satu sama, 3-hari setelah tumpas 0-4 di tangan skuad the Super Eagles.

Nigeria bagaimanapun akan mengesahkan penampilan ketujuhnya dalam Piala Dunia jika berjaya mengalahkan pasukan di tangga kedua, Zambia dalam perlawanan seterusnya.


((AFP))