Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Skuad Pelayaran mulakan latihan Road To Tokyo (RTT), perlu lalui proses saringan COVID-19

  • Published in Sukan

LANGKAWI, 1 Jun - Skuad pelayaran negara hari ini memulakan latihan persiapan Road To Tokyo (RTT) di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi.

Semua yang terlibat dengan Kem Latihan Pusat itu juga perlu menjalani proses saringan COVID-19 sebaik melapor diri awal pagi tadi.

Ia termasuk menjalani ujian swab pada hari pertama pendaftaran, menjalani kuarantin kendiri di bilik penginapan dari hari pertama sehingga keputusan ujian diperoleh pada hari kedua atau ketiga selepas ujian dilakukan.

Mereka kemudian juga perlu menjalani ujian swab pada hari kelima (prasimptom) dan ujian swab hari ke-13 (tanpa simptom).

Sejumlah 24 orang terdiri daripada atlet, jurulatih dan anggota sokongan terlibat dengan kem latihan di Pusat Latihan Perahu Layar, Langkawi yang dijadual berlangsung sehingga 30 Jun depan.