Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

Hamilton Menang GP Itali, Mendahului Vettel 3 Mata Kejuaraan F1

MONZA - Pemandu F1 Pasukan Mercedes, Lewis Hamilton mendahului kejuaraan untuk kali pertama musim ini dengan kemenangan di Grand Prix Itali.

Hamilton beraksi cemerlang dengan kawalan yang baik di Monza, tamat perlumbaan F1 dahulu diikuti rakan sepasukan Valtteri Bottas memberi pasukan Mercedes kemenangan satu-dua.

Ferrari Sebastian Vettel adalah ketiga dan kini tiga mata di belakang Hamilton.

Seterusnya Hamilton akan ke Singapura, dan pasukan Ferrari dijangka akan menguasai.

Kemenangan di Monza adalah keenam untuk Hamilton - Vettel hanya mempunyai empat.

(Sumber - AFP)