Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Latihan skuad pelayaran negara bermula hari ini

  • Published in Sukan

LANGKAWI , 1 Jun - Skuad pelayaran negara hari ini memulakan latihan persiapan Road To Tokyo (RTT) di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi.

Kesemua atlet, jurulatih dan anggota sokongan yang terlibat dengan kem latihan pusat itu juga bakal menjalani beberapa proses saringan sebaik melapor diri awal pagi tadi.

Ia termasuk menjalani ujian swab, dan menjalani kuarantin kendiri di bilik penginapan dari hari pertama sehingga keputusan ujian diperoleh pada hari kedua atau ketiga selepas ujian dilakukan.

Mereka juga perlu menjalani ujian swab pada hari kelima bagi mengesan prasimptom dan ujian swab hari ke-13 bagi mereka yang tidak menunjukkan simptom.

Sejumlah 24 orang terdiri daripada atlet, jurulatih dan anggota sokongan terlibat dengan kem latihan di Pusat Latihan Perahu Layar, Langkawi yang dijadual berlangsung sehingga 30 Jun ini.