Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Sukan SEA 2019 - Pesilat elit negara, Muhammad Faizul Mohd Nasir beransur pulih

  • Published in Sukan

FILIPINA - Pesilat elit negara, Muhammad Faizul Mohd Nasir yang mengalami kecederaan muka yang serius semalam, disahkan sudah beransur pulih setelah menjalani rawatan lanjut di Pusat Perubatan The Medical City, Clark.

Menurut Chef de Mission negara ke Sukan SEA 2019, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, pesilat kelahiran Petaling Jaya itu telah sedar daripada koma, namun tidak berupaya untuk berkomunikasi kerana badannya masih lemah susulan rawatan yang diterima.

Jelas Datuk Megat, beliau dimaklumkan bahawa Muhammad Faizul telah menjalani ct scan danX-Ray dan pesilat itu juga telah sedar, namun doktor terlibat sedang memantau perkembangannya dalam tempoh 72 jam.

Muhammad Faizul dilaporkan tidak sedarkan diri akibat disepak lawannya, Dines Dumaan dalam ski Kelas Putera B di Pusat Konvensyen dan Pameran Subic, SEMALAM.

Mengulas tentang aksi berkenaan, Datuk Megat Zulkarnain yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) menjelaskan, pihaknya tidak akan membuat rayuan kepada sekretariat pertandingan berhubung keputusan wasit memberikan kemenangan 5-0 ke atas wakil tuan rumah itu.