Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

Sukan SEA KL2017 - Malaysia Juara Keseluruhan

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Temasya Sukan SEA KL 2017 yang ke-29 milik Malaysia dengan pencapaian gemilang 145 pingat emas, 92 pingat perak dan 86 pingat gangsa.

Buruan emas pada hari terakhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menyaksikan atlet negara merangkul lima daripada tujuh emas yang ditawarkan.

Ini merupakan kali kedua Malaysia mengungguli temasya Sukan SEA selepas merangkul 111 emas pada edisi 2001 juga dilaman sendiri.

Pencabar terdekat, Thailand pungut 72 pingat emas, 86 pingat perak dan 88 pingat gangsa.

Vietnam menduduki tangga ketiga dengan pungutan 58 pingat emas, 50 pingat perak dan 60 pingat gangsa.

Singapura di tangga keempat dengan 57 pingat emas, 58 pingat perak dan 73 pingat gangsa.

Disusuli dengan Indonesia yang pungut 38 pingat emas, 63 pingat perak dan 90 pingat gangsa.

Seterusnya Filipina (24 pingat emas ), Myanmar (7 pingat emas), Kemboja (3 pingat emas) dan Laos dengan dua pingat emas.

Brunei dan Timor Leste menlengkapkan penyertaan 11 negara dengan masing-masing membawa pulang lima perak dan lapan gangsa dan tiga gangsa oleh Timor Leste.

Negara Filipina pula akan menjadi hos Sukan SEA ke-30 pada tahun 2019.