Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

Sukan SEA KL2017: Bola Sepak Final - Reaksi Jurulatih Dan Pemain

KUALA LUMPUR - Ditemui selepas perlawanan, Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee sememangnya tidak dapat menyembunyikan kekecewaan untuk memberi kilauan emas buat Malaysia.

Namun baginya pemain-pemain telah memberikan persembahan terbaik dan telah memberi tentangan sengit.

Turut berasa kecewa adalah para pemain yang gagal menceriakan puluhan ribu penonton yang setia menyokong di Stadium Shah Alam.

Pun begitu mereka ingin terus pandang ke hadapan dan menjanjikan aksi terbaik pada kelayakan AFC di China kelak.

(Sumber - beritanasionalrtm rasmi)