Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

Sukan SEA 2017 - PM Rai Pencapaian 111 Pingat Emas, Sejarah Buat Malaysia

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hadir di penginapan kontijen sukan SEA Malaysia bagi menyaksikan detik bersejarah meraikan kejayaan Malaysia mencapai sasaran 111 pingat emas.

Beliau berkata ia merupakan lakaran sejarah baharu Malaysia sepanjang menyertai sukan SEA dan pencapaian terbaik Malaysia sepanjang menyertai sukan tersebut.

Perdana Menteri turut mengambil kesempatan meraikan kejayaan tersebut bersama kira kira 200 atlet yang hadir.

Jelas beliau, semangat tidak mahu menyerah kalah telah menjadikan Malaysia sebuah kontinjen yang hebat kali ini.

Sekaligus menzahirkan setinggi penghargaan kepada atlet yang telah merealisasikan pencapaian pingat buat negara.

Hadir sama Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali dan Chef De Mission, Datuk Marina Chin.

(Sumber - Dalet Beritartm)