Friday, November 24, 2017
vital-top
updated 3:12 AM UTC, Nov 24, 2017

KL2017: Ganjaran Istimewa Menanti Atlet Bawah KPT

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menjanjikan ganjaran istimewa kepada atlet institusi pendidikan tinggi (IPT) yang berjaya menyumbang pingat pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata jumlah dan jenis imbuhan itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pada temasya kali ini, atlet IPT menyertai 33 acara daripada 38 jenis sukan yang dipertandingkan.

Beliau berkata Idris kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat kementerian itu di sini.

Sehingga kini, atlet IPT telah menyumbang 39 pingat emas, 31 perak dan 27 gangsa dalam pelbagai acara seperti memanah, renang berirama, bola jaring dan pelayaran, katanya.

Seramai  264 atlet daripada 874 atlet Malaysia yang menyertai KL2017 adalah penuntut IPT.

((BERNAMA))