Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

Malaysia Cipta Pelbagai Sejarah Dan Pencapaian Anjur KL2017 – Datuk Seri Dr Salleh

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Malaysia mencipta pelbagai sejarah dan pencapaian menerusi penganjuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang bakal melabuhkan tirai Rabu ini.

Beliau berkata antara pencapaian terbaik termasuk Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang merangkul pingat emas dengan memecah rekod dalam acara kuda lasak.

Beliau berkata menerusi catatan pada laman blog beliau sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Dalam blog bertajuk ‘Sukan SEA Pengikat Solidariti Rakyat’ itu, Datuk Seri Dr Salleh berkata penganjuran temasya sukan dwitahunan membabitkan 11 negara Asia Tenggara itu turut membuktikan sokongan rakyat terhadap kerajaan dalam menjayakan sukan berprestij itu.

Selain itu, katanya, KL2017 juga melakar sejarah apabila kali pertama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bertanding dalam acara ekuestrian polo mewakili negara.

Beliau seterusnya mengucapkan tahniah kepada Khairy yang telah menjadikan temasya sukan ini yang terbaik, malah usaha beliau membakar semangat para atlet cukup luar biasa.

((BERNAMA))