Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

Polis Perketat Pemeriksaan Pada Final Bola Sepak Sukan SEA

ALOR SETAR - Polis akan memperketatkan pemeriksaan di pintu masuk Stadium Shah Alam, Selangor sempena perlawanan akhir bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) antara Malaysia dengan Thailand, esok.

Tanpa menyatakan jumlah anggota terlibat, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata anggotanya telah pun bersiap sedia untuk mengawal keselamatan pemain dan penonton yang datang bagi menyaksikan perlawanan akhir itu.

Beliau berkata dalam sidang media di sini.

Tan Sri Khalid turut mengingatkan penonton yang ingin datang menonton perlawanan akhir di stadium supaya datang awal bagi memudahkan kelancaran proses pemeriksaan di pintu masuk nanti.

((BERNAMA))