Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

KL2017: Penyokong Berkampung Sejak Malam Tadi Untuk Tiket Final Bola

SHAH ALAM - Stadium Shah Alam dibanjiri penyokong bola sepak tempatan yang berkampung sejak 10 malam tadi, bagi mengelakkan daripada kempunan mendapatkan tiket perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Thailand esok malam.

Ribuan penyokong berbaris panjang walaupun kaunter-kaunter tiket hanya mula dibuka pada 11 pagi bagi memastikan tidak terlepas peluang menyaksikan perlawanan bagi ibu segala pingat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) itu.

Mengikut kenyataan Sekretariat Kuala Lumpur 2017 tiket tidak dijual secara dalam talian di laman web 2017.

Tiket untuk penyokong tuan rumah dijual di Stadium Shah Alam manakala tiket untuk penyokong Thailand dijual di Stadium Melawati.

 

Perlawanan dijadual bermula 8.45 malam.

((BERNAMA))