Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

Sukan SEA KL2017 - Pungutan Pingat Emas Malaysia Hampir Angka 100

KUALA LUMPUR - Malaysia terus cemerlang dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan sedang mendahului pungutan pingat-pingat terutama pingat emas yang hampir ke angka 100.

Kedudukan pungutan pingat setakat 8 pagi hari ini adalah Malaysia telah pungut sebanyak 96 pingat emas, 64 pingat perak dan 63 pingat gamgsa.

Di tangga kedua adalah negara Thailand, dengan pungutan 54 pingat emas, 71 pingat perak dan 68 pingat gangsa.

Dikuti negara Vietnam dengan pungutan 52 pingat emas, 38 pingat perak dan 50 pingat gangsa.

Negara Singapura di tangga keempat dengan 48 pingat emas, 42 pingat perak dan 57 pingat gangsa.

Kelima adalah negara Indonesia dengan pungutan 31 pingat emas, 50 pingat perak dan 58 pingat gangsa.

(Sumber - Laporan Sukan SEA 2017 RTM)