Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

Sukan SEA KL2017 : Myanmar Bertemu Malaysia Dalam Final Hoki Lelaki

KUALA LUMPUR - Myanmar layak ke final hoki lelaki dalam Sukan SEA buat pertama kalinya sejak 1971 selepas menduduki tangga kedua peringkat kumpulan untuk bertemu Malaysia dalam aksi akhir 29 Ogos ini.

Sekalipun tewas 0-6 kepada Malaysia pada aksi terakhir peringkat kumpulan Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) , Myanmar layak selepas berdasarkan kelebihan gol berbanding Singapura.

Myanmar mengetepikan Singapura, yang sering ke saingan final, berdasarkan perbezaan jaringan sekali pun masing-masing mengutip tujuh mata selepas menamatkan empat perlawanan peringkat kumpulan.

Dua kumpulan teratas layak ke perlawanan penentuan pingat emas di dalam pertandingan berdasarkan format round robin.

Saingan penentuan pingat emas KL2017 serta perlawanan penentuan pingat gangsa antara Singapura dan Thailand akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Selasa ini.

 

Sumber : BERNAMA