Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 - Bola Sepak : Malaysia Ke Final Selepas Atasi Indonesia 1 - 0

SHAH ALAM - Malaysia berjaya mara ke final Bola Sepak Sukan SEA 2017 selepas atasi pasukan Indonesia 1- 0 semalam dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Shah Alam.

Tandukkan penyerang pasukan Malaysia Harimau Muda N.THANABALAN membawa skuad bola sepak negara ke final.

Gol di tanduk masuk pada minit ke-87 ekoran sepakan penjuru dari Muhammad Nor Azam Abdul Azih.

Skuad negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee akan bertemu Thailand dalam pentas final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.

Manakala, pasukan Thailand mengalahkan Myanmar juga dengan 1-0 pada satu lagi perlawanan separuh akhir di Stadium Selayang.

Skuad negara, Harimau Muda akan bertemu Thailand dalam pentas final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.

(Sumber - beritanasionalrtm rasmi)