Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Sukan SEA Filipina 2019: Tiga emas dari jaguh boling padang negara

  • Published in Sukan

CLARK, FILIPINA - skuad Boling negara juga tidak mengecewakan mencipta rekod apabila meraih 3 pingat emas serentak menerusi acara wanita bergandingan, wanita berempat dan lelaki bertiga di Clark City Friendship Gate.

Emas pertama diperoleh menerusi gandingan Afiqah Dayana Budiman, Nur Ain Nabilah Tarmizi, Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman dan Siti Zalina Ahmad yang menewaskan wakil tuan rumah, Filipina 17-6.

Trio lelaki negara Izzat Shameer Dzulkeple, Mohamad Fairus Abd Jabal dan Mohammad Syamil Syazwan Ramli mengesahkan pingat emas kedua selepas menewaskan Filipina 14-8.

Emas terakhir diperoleh menerusi gandingan Nurul Alyani Jamil dan Emma Firyana Jamil selepas mengatasi Brunei 21-14.