Monday, December 16, 2019
updated 5:05 AM UTC, Dec 16, 2019

Skuad berbasikal: Penyertaan pasukan bertaraf Pro Benua tambah keyakinan

  • Published in Sukan

SEPANG - Jurulatih skuad berbasikal lebuh raya negara, Yusof Abdul Nasir, tidak mahu meletakkan sebarang tekanan buat barisan pelumbanya pada temasya Sukan SEA kali ini.

Namun, beliau yakin anak buahnya mampu mempamerkan aksi terbaik.

Keyakinan itu sememangnya berasas.

Penyertaan dua pasukan berstatus pro benua negara iaitu Terengganu Cycling Team (TSG) dan Team Sapura Cycling (TSC) mampu meraih pingat yang disasarkan.

Beliau ditemui media di Lapangan Terbang Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Manila, Filipina.

Malaysia melakar kejutan dengan meraih emas di Sukan SEA 2017 menerusi gandingan yang diketuai Fauzan bersama-sama Nik Mohd Azwan, Ameer dan Ameen.

Malah acara berkenaan menjadi sandaran negara untuk mengulangi pencapaian dua tahun lalu di Filipina.

Skuad berbasikal lebuhraya negara tahun ini menyasarkan 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa.