Monday, December 16, 2019
updated 5:28 AM UTC, Dec 16, 2019

Temasya Sukan SEA Filipina 2019 : Emas pertama silat melalui ganda putra

  • Published in Sukan

TELUK SUBIC , FILIPINA - Kilauan emas turut disaksikan di gelanggang silat apabila pingat emas pertama dihadiahkan skuad seni silat ganda lelaki.

Duo ganda putra negara, Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga pada awalnya terikat dengan pungutan mata yang sama dengan duo Filipina.

Kedua-duanya mengumpul jumlah mata 564.

Pesilat negara dihadiahkan emas oleh juri dengan kelebihan kekayaan teknik.

Filipina mendapat pingat perak dan duo dari Laos mendapat pingat gangsa dengan jumlah mata terkumpul 562.