Friday, July 10, 2020

updated 10:55 AM UTC, Jul 10, 2020

COVID-19: Arab Saudi longgarkan perintah berkurung

  • Published in Berita Dunia

RIYADH, 27 Mei - Fasa pertama penarikan balik sekatan pergerakan dan aktiviti di Arab Saudi susulan penularan COVID-19 bermula Khamis ini.

Menerusi fasa terbabit, kelonggaran berkuat kuasa di seluruh negara kecuali kota suci Mekah.

Perkara itu dilaporkan agensi media tempatan dengan memetik kenyataan sumber daripada Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

Untuk fasa itu, penarikan balik sekatan dilakukan secara berperingkat selama tiga hari.

Kelonggaran membolehkan lebih banyak aktiviti ekonomi dan komersial disambung semula.

Ia termasuk pengoperasian semula penerbangan domestik, pembukaan semula masjid, restoran, kedai dan pejabat.

Bagaimanapun operasi salon kecantikan, kedai gunting rambut, kelab sukan, pusat hiburan dan panggung wayang kekal digantung.

Pergerakan rentas negeri juga dibenarkan di seluruh negara antara pukul 6 pagi hingga 3 petang kecuali Mekah.

Fasa kedua penarikan balik sekatan pula akan bermula 31 Mei hingga 20 Jun.

Melaluinya, pergerakan rentas negeri dilanjutkan kepada 8 malam.

Semua aktiviti membabitkan perhimpunan ramai termasuk solat Jumaat dibenarkan kecuali di Masjidil Haram.

Penggantungan kehadiran ke tempat kerja juga dibatalkan termasuk di pejabat-pejabat kerajaan.