Friday, November 24, 2017
vital-top
updated 3:12 AM UTC, Nov 24, 2017

Sukan SEA KL2017 : Malaysia Masih Dahului Kutipan Pingat Emas

KUALA LUMPUR - Malaysia masih menguasai tempat pertama dalam kutipan pingat temasya KL2017 dengan 63 emas, 45 perak dan 39 gangsa.

Sementara itu, Vietnam merampas tempat kedua daripada Singapura selepas berjaya mendahului dengan 37 emas, 25 perak dan 32 gangsa.

Singapura pula meraih 34 emas, 32 perak dan 34 gangsa, menduduki tempat ketiga.

Kontijen negara juga memburu pingat pada beberapa acara peringkat akhir yang dipertandingkan hari ini.

Antaranya temasuklah acara renang, olahraga, boling dan silat kategori wanita.

Kesemua acara tersebut dijadual berlangsung pada petang dan malam ini.

 

Sumber : DALET RTM