Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Skuad polo negara pertahankan gelaran juara dan hadiahkan emas ketiga tewaskan Filipina

  • Published in Sukan

MANILA, FILIPINA - Selepas dua emas dari wushu dan Breakdance, kini giliran skuad polo negara menghadiahkan emas ketiga selepas menewaskan Filipina, 7 berbalas 5 1/2 pada aksi final di Padang Polo Inigo Zobel.

Kejayaan ini nyata manis buat skuad negara apabila berjaya mempertahankan gelaran juara yang dimenangi pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Ia adalah emas ketiga buat kontinjen negara, hari ini selepas atlet wushu, Loh Choon How dan atlet sukan tarian, Sam Jee Lek.

Skuad polo negara dibarisi Selamat Amran selaku kapten, Tengku Sulaiman Tengku A Shazril Ezzaini, Hasnan Rashid dan Sayed Mohd Syed Ahmad Saipulrudin.