Monday, December 16, 2019
updated 6:07 AM UTC, Dec 16, 2019

Penganjur PHISGOC diarah bawa keluar Jalur Gemilang yang tersalah cetak

  • Published in Sukan



MANILA, FILIPINA - Pada ketika meraikan kejayaan merangkul emas pertama, kontijen negara turut terpalit dengan kontroversi melibatkan penganjur PHISGOC. Penyampaian pingat emas acara atlet wushu lelaki negara tertangguh kira-kira 30 minit.

Ini selepas kontinjen negara yang di ketuai Datuk Megat Zulkarnain Omardin menyedari bendera yang dibawa keluar penganjur tersalah cetak dan mengarah bendera di tukar.

Kesilapan itu disedari salah seorang pegawai Malaysia yang kemudian mengarahkan Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea Filipina (PHISGOC) menukarkan Jalur Gemilang dan menggantikannya dengan bendera yang lebih sempurna mempunyai jalur yang betul.

Amaran keras diberikan kepada penganjur untuk selesaikan masalah ini dalam tempoh 24 jam, demi menjaga maruah negara.

Jalur bendera Malaysia bermula warna merah di bahagian atas dan di akhir dengan warna sama, sebaliknya pihak penganjur mencetak dengan warna putih dan di akhir dengan putih.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada kem Wushu negara selepas memenangi pingat emas pertama negara.