Monday, December 16, 2019
updated 5:28 AM UTC, Dec 16, 2019

Sukan SEA 2019, sukan tarian diungguli atlet Filipina

  • Published in Sukan


CLARK, FILIPINA - Atlet sukan tarian negara bermula sumbang apabila gagal mengumpul mata terbaik untuk mengutip pingat dalam empat acara awal yang diungguli atlet tuan rumah, Filipina.

Dalam kategori pertama iaitu tarian Waltz berpasangan, Malaysia diwakili Jarrel Cheong Tze Wen dan Jinnie Koh hanya mengutip mata 27.850. Acara ini dimenangi pasangan Filipina Gayo Mark Jayson Corales dan Renigen Mary Joy Guaio yang mengumpul 29.950 mata.

Dalam kategori Tango, pasangan Teo Chee Seng dan Kimberly Tan Cheer Ching pula mengutip 27.700 mata dan sekali lagi penari tuan rumah Aranar Seanischa dan Nualla Ana Leonila Manalo berada di tangga teratas dengan 30.150 mata.

Bagi tarian Viennese Waltz, juga diungguli pasangan Aranar dan Nualla yang mengumpul mata 30.100.

Untuk tarian Slow Foxtrot, pasangan negara sekali lagi kecewa apabila hanya mampu berada di tangga keempat dengan kutipan mata 28.350 yang juga dimenangi oleh pasangan tuan rumah, Gayo Mark dan Renigen Mary.